Monday, 18 August 2014

"Segmen Tingkatkan Trafik Blog by Irsyahealthyhouse"



Assalamualaikum..

Hai korang !! bella join segmen (^_^)
Jom blogwalking



kalau korang nak join sila CLICK HERE 
Selamat berkenalan (^_^) happy blockwalking uolllsss
Tata for now.

Monday, 4 August 2014

Bella Raya Aidilfitri 2014



Assalamualaikum..


Ucapan Hari Raya dari Bella Din

oppss kejap-kejap.. nak throwback dulu. Kalau korang nak tahu, lepas raya tahun lepas, 2013, ya Allah, sejujurnya sangat-sangat teruja nak tunggu raya 2014. Sebab? adalah.. Rahsiaaa hehe.. 

And its coming !!!! Start dari puasa lah ye,, em walaupun puasa sorang-sorang kat JB tapi ok lah, not bad, weekend balik berbuka dengan family, lepas 2 minggu berlalu, Bella da start buat kuih raya. Nampak tak dia punya exited? hihi sebenarnya, yayah, adik Faliq yang ajak buat popia nestum, Tapi sebab dia balik lambat so, Bella on dulu. Dapatlah buat 2 botol yang besar tu. Tak susah sebenarnya tapi leceh. DIA TAK MAU LEKAT !!!!  tak tahu lah kalau Bella yang kurang skill haha. kalau ikut resepi pakai putih telur kan? haisshhh kecikkkk je haku tengok kulit popia tu.. rasa nak stapler je kasi lekat GERAM!! Tapi kan korang.. hasilnya sumpah sedap sampai nak bagi 100 bintang.. tak kisah lah orang nak kata puji diri sendiri tapi memang betul, tak tipu !! hihi.. Aktiviti yang wajib pulak mestilah anyam ketupat, main bunga api dan shopping raya !!

pagi raya nak makan ape eh?

anyam ketupat
acah-acah main bunga api kikiki

Sepanjang Ramadhan, alhamdulillah semuanya berjalan lancar, doa-doa pun ada yang terjawab (^_^) Thank You Allah. Dah nak last-last puasa tu baru dapat berbuka dengan Faliq, ingatkan dah tak sempat. Tapi sayang, tak dapat berbuka dengan Cira. Maaf ye Cira atas masalah yang tak dapat nak dielakkan, insyaallah lepas ni k? 
Walaupun kereta rosak, tak dapat nak bawak budak-budak jalan-jalan, tetap rasa seronok. Sebab family Anti tido dalam seminggu dekat rumah tokmak. So Bella ada kawan!! Aqilah (my ikan duyung) and Aqidah. Ada je cerita yang nak diceritakan, budak dua orang ni tempat dia memang dalam bilik Bella. Tiap malam ada je nak cerita hantu lepas tu jerit2 kahkahkah. Sampai Bella rasa lepas diorang balek, rasa kehilangan, sunyi, cewah haha lebih-lebih pulak. ok lah taknak cerita panjang-pajang. Jom Bella kenalkan dengan ikan duyung Bella hihi. Oh dengan gambar raya Bella. Kalau nak tengok gambar ikan duyung ni lebih-lebih p cari sendri naa,, ni blog Bella, so for sure la banyak gambar Bella =P


1 Syawal 


mama ayah jantung hati (^_^)


Ni lah ikan duyung hihi <3

Budak ni garang sebenarnye errrr.... adek nely =)

Hok sebelah tu tokmak yang gojes.. makan-makan





Ni muke dah ngantuk .. with Faliq ..




Sekitar 1 syawal 

banyak lagi sebenanya.. tapiiii... 





2 Syawal

Beraya di kampung ayah (^_^) dekat je.. 

Raya selfie

Puh puh tiup panas sup ni..





3 syawal

Pakai baju tahun tahun tahun tahun lepas tak ingat dah tahun bile. Tak pergi raya pun, jalan-jalan je.. hihi

With Faliq with his siblings
Ni ceritanya, we olls pergi jalan untuk habiskan voucher En. Faliq. Seterusnya misi survey-survey gadget untuk adik. Tapi still yayah jugak yang banyak beli barang hehe. Sampai melecet kaki dia automatik dapat kasut baru. =D


4 Syawal

Dah takda baju so rotate baju raya pertama, Open House !!! 

with aqilah (depan) and aqidah (belakang)




Ok dah cukup. taknak upload gambar banyak-banyak.. Semoga berjumpa lagi dengan Ramadhan tahun depan insyaallah. Aaaaa!!!  tak sabar nak tunggu raya next year hihi.. 

Sekian, tata for now (^_^)








Saturday, 24 May 2014

Anime Lover



Assalamualaikum..




Yes !!! definitely i am..  


Tak kire lah AnimeJapan ke AnimeMalay ke AnimeOmputeh, sume Bella suke hehe.. Anime gegerl Bella tengok, Anime boboy pon tengok.. ni nak story siket pasal kenangan time tengok cerite katun ni.. Tapi susunan tahun anime ampun dan maaf dipinta la eh.. Bella tak berapa ingat..

Dulu waktu weekend, TV2 pukul 9 pagi cerita wajib adalah Sailor moon..


Favorite character opkoz la yang cantek tu,, hihi Minako-Aino Sailor Venus. Dulu.. teringinnnnn sangat nak rambut panjang macam Minako,, siap berangan-berangan lagi.. Mase tu mama tak bagi.. Tapi sekarang haha dah same dah warna je lain hahaha.. Rasenye dulu pasal cerite ni selalu gaduh dengan adek lelaki sebab dia nak tengok cerita lain.. kahkah.. biasanya Bella menang.. well because i am your KAKAK !!! 


Habis cerita Sailormoon, Dragon Ball.. 


haha yang ni memang sangat-sangat mempengaruhi Bella dengan adek.. Sampai habis cerita pun kitorang still dalam mood Dragon Ball lagi. Mase tu Bella suka Bezita, adek lelaki biasa lah suka Goku.. So lepas habis cerita kitorang pon main gadoh-gadoh pakai power Goku and Bezita. Kitorang ikat tudung kat leher macam superman tu and pakai kayu selak tingkap (rumah kampung) as pedang. Kalau nak keluarkan power kamehameha baling pakai kertas.. haha walaupun takde ghoper Super Saiya tapi best !! Sebab masa kecik-kecik dulu kitorang ni macam anjing dengan kucing. asek gaaaadoh je. Biasanya last sekali kitorang gaduh tumbuk betol2 sebab tak puas ati.
*suke masa Goku and Bezita dapat anak Goten dengan Trunk.. Shoommeeeellll uhuiiii hihi.. 




Bella suke Digimon yang ni.. Favorite character Yamato yang baju Ijo tu huhu. 
Pasal Digimon ni sumpah kelakar and kalau ingat balek, Ya Allah bodohnye aku haha.. Satu hari tu, lepas kena marah dengan mama, Bella ambek satu beg kecik, isi baju and makanan lepas pakai beg tu then tido dengan harapan bila bangun nanti masuk dalam dunia Digimon hahahahahaha ok malu. 




Bila tengok cerita Hamtaro ni nakkkk sesangat ada hamster hehe



AnimeMelayu pulak tengok je,, tapi sampai terpengaruh macam animeJapan hehe.. dulu suke tengok cerita 


Anak-Anak Sidek



Frootees



Usop Santorian


Yokies



Keluang man



AnimeOmputeh lak..


Dragon Tales



Looey Tunes



Power Puff Girl

Yang ni suke Buttercup.. Yang Ijo tuh hihi



Ruggrats



Oggy and The Cockroaches



Banyak lagi sebenarnya, tapi almaklumlah,, Bella ni dah tua.. banyak yang udah lupa dongg,, Untuk mengelakkan daripada terus lupa so Bella letak lah dalam Blog ni.. 



Okeh now pulak Kartun Peberet Bella adalah Naruto Shippuden hehe.. 


Dalam naruto ni  petama sekali suke Itachi-kun,, wuuu sedeyyy wey pasal Itachi ni.. bongkak mato den woo.. Mase Itachi-kun mati lagi la melalak aku huhu.. Second walaupun naruto ni sengal-sengal sikit tapi boleh la suke la sebab power dia hebat gilos.. Paling Suke masa Naruto dah jadi kawan dengan kurama (kyubi) and boleh control kuasa dia,, hihi.. Third suke Cikgu Kakashi.. Pastu suke Hinata... Awwww comel.. hihi #NARUHINA get married soon.. haha =P Oh Sasuke? emmm... no komen lahh.. dia tengah kusut pasal diri dia.. WATAK PALING DIBENCI adalah Sakura.. =_=' Bella rase macam nak tersuke dekat Obito.. sebab dia baek sebenanya cume dia sayang dekat Rin sangat2.. kalau Obito jadi baek,, i will like him too.. haha.. okey dah.. next !!!! 




Because, we are FAIRY TAIL !! yeahh
Fairy Tail ni,, susah la nak cakap.. sebab now Bella baru sampai tengok dekat pasal jam.. pasal jam ni siyes bosan giler,, tu yang lambat tu,, nak skip,, sayang lak.. Dalam sini suke Jellal dengan Gray,, hihi.. Natsu? ermmm.. entah ek.. walaupun just kartun.. tapi cik B saaangat sensitif bab-bab LOVE ni haha over gitteww,, sebab dari awal masa kecik Natsu kan dah dengan Lisana,, siap dah janji nak kawen dah,, tapi bile sume orang ingat Lisana dah mati and Lucy pulak satu geng dengan Natsu rase cam .. entah.. memang lah dia tak tahu.. tapi bila Lisana dah balek semula,, still Natsu dengan Lucy.. Lucy tu bukan kuat poooonnnn.. yang lawan pon bukan dia.. It shouldn't be like that !!! tak suke !!! Even just KAWAN je ponn tapi dah macam lebeh dari kawan.. caring dia pon same lebeh-lebeh.. pokoknya ya.. aku enggak mau tau !! 

*oppss hihi terlebeh emosi pulak..





Sword Art Online, cerita ni dah habis tengok and siyesly memang best !! sweet je Kirito dengan Asuna.. Tapi ade slek kat part Suguha(Leafa). Suguha tu dia dibesarkan as adek Kirito, tapi dia actually relation dia dengan kirito cousin je.. Pastu boleh pulak dia suke dekat Kirito.. Mane Boleh !!! bila dia tahu Kirito ade Asuna dia dah rase cam jeles.. Paling menjengkelkan part last Kirito peluk Suguha konon-konon macam nak pujuk, nak jage hati adek dia.. bukan adek betol pon.. Patutnya last tu Kirito peluk Asuna !!! ='( aarrrrggghhh geramnye !!! 

*Sekali lagi emosi terlebih




Cerita Say I Love You ni pendek je.. tapi boleh la.. best jugak,, cume banyak yang nak lelaki tu.. Gurl tu pulak jenis yag tak reti nak bagitahu dia sedih ke jeles ke.. So gurl ni sangat membosankan.. haha

*Amboii asek komen je.. huhu




Bella rase kartun Doraemon ni adalah kartun sepanjang zaman,, huhu sebab rasenya dari kecik Bella tengok sampai la sekarang.. daripada cerita yang pendek-pendek sampai la ke movie.. 





Ini pon Bella masih tengok sampai sekarang hehe.. Bella suka squidward.. Spongebob dengan Patrick annoying !! haha 




Kartun Oscar's Oasis ni tak bercakap.. tapi best !! hehe.. tiap pagi lepas solat subuh mesti tengok.. 


Banyak lagi sebenarnya,, tapi takpelah.. mati la kalau nak masukkan semua cerita.. kahkah.. so bila-bila kalau Bella ada rase nak tambah lagi i will update..


Sekarang kita minum dulu.. sambil fikir-fikirkan lagi anime ape pulak nak tengok lepas ni hihi..


Sekian tata for now (^_^)







Monday, 28 April 2014

Mumia



Assalamualaikum..


Lately ni Bella suka baca pasal sejarah dulu-dulu, contohnya pasal mumia, pyramid, kisah bahtera nabi nuh banyak lagi la.. Tapi entry kali ni Bella nak share pasal mumia. tak tahu la eh tapi pada Bella sangat menarik. Cara awet mumia, mumia yang masih cantik sampai sekarang and semua tentang mumia.. kehkeh.. takut ker?? seram sikit-sikit tu biaselah.. walaupun sebenarnya time tengah taip ni jantung rasa dupdap dupdap, toleh kiri toleh kanan, haha okeh jom tengok 5 kisah-kisah mumia ni.

1. Mumia Rosalia Lombardo (Sleeping Beauty)


Banyak-banyak mumia, Bella suka yang ni. sebab perfect plus comel, tapi..

Rosalia Lombardo adalah mumia dari tahun 1920. Dia meninggal pada usia 2 tahun akibat jangkitan paru-paru. Ayahnya sangat sedih dan meminta Alfredo salafia untuk memumiakan putri kesayangannya. Dia ingin putrinya itu sentiasa utuh dan tidak berjauhan darinya.

Hingga ke hari ini, mumia ini adalah yang paling awet dan sempurna yang pernah ada. Dia hanya seperti gadis kecil yang sedang tidur dan tidak pernah membusuk dengan rambutya yang masih berkilat dan ikal, pipinya yang gebu, bibirnya masih munggil dan matanya yang masih kemas menutupi bebola mata. Tidak seperti mumia lain yang sudah mengecut dan kelihatan tidak seperti manusia. Kerana keunikan mumia ini, ia digelar sebagai  SLEEPING BEAUTY OF THE CAPUCHIN CATACOMBS. 

Namun kini, mumia Rosalia Lombardo disimpan di sebuah bilik bawah tanah di Itali Selatan. Kerana ada isu misteri yang mendakwa, beberapa orang pernah melihat Rosalia Lombardo sedikit membuka matanya.



2. Mumia Ramesses II ( Firaun yang mengejar nabi musa)


Mumia Ramesses II adalah seoang FIRAUN yang dikatakan hidup di zaman nabi musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Nabi Musa dan para pengikut bagida yang melarikan diri daripada kekejaman Ramesses II. 

Apa yang menarik perhatian Bella, kisah mumia firaun ini telah membuatkan saintis daripada perancis, Prof. Dr. Maurice Bucaille, memeluk islam setelah mengkaji mumia Ramesses II ini. Nak tahu kenapa? haa.. Bella x bercadang nak ceritakan secara details ye, so jemput lah ke SINI 



3. Mumia Gadis Icha berusia 500 tahun


okey yang ni mumia yang palig scary. Bukan ape, mungkin sebab gaya mumia ni pose agaknya, entah la. Ceritanya camni..

Ini adalah sebuah fakta yang mengejutkan, namun juga ironis. Suku Indian di masa lampau memiliki sebuah ritual untuk mempersembahkan korban pada dewa-dewa yang mereka anut. Namun, suatu ketika di era modern ini, ditemukan jasad gadis Inca yang masih dalam keadaan baik, namun jasadnya sudah berusia 500 tahun lebih.

Kejadian ini terjadi di tahun 1999 di mana peneliti menemukan mumi gadis yang diperkirakan berusia 15 tahun saat dikorbankan ini. Konon, ia adalah salah satu gadis dengan dengan kondisi tubuh yang sempurna, sehat dan cantik. Namun sayang, ia hidup untuk dipersiapkan menjadi sesembahan bagi dewa.

Gadis ini tidak dibunuh langsung, melainkan diletakkan di puncak gunung untuk mengawasi pedesaan, seperti malaikat pelindung. Ritual ini bernama Capacocha.



4. Mumia Juanita The Ice Maiden


Mumia Juanita merupakan mumi perempuan beku pertama yang pernah ditemukan di Amerika Selatan. Mumi ini berusia sekitar 14 tahun. Di ketahui saat meninggal Juanita mengenakan pakaian terbaik penuh dengan warna cerah yang dibuat dari kain berkualiti tinggi dan dikaitkan dengan peniti perak serta memakai hiasan kepala dari bulu. Kondisinya masih baik. Rambutnya masih rapi dan bewarna hitam. Setelah melakukan pemeriksaan ke atas mumi Juanita ini, diketahi dia memakan makaan yang terdiri daripada sayuran. Kematiannya disebabkan pukulan benda keras di atas kepalanya.



5. Mumia bayi Qilakitsok - Greenland


Berikut kasus lain dari kemungkinan penguburan hidup-hidup, kali ini melibatkan seorang anak berusia sekitar 6 bulan di Greenland. Dia ditemukan di atas tumpukan tiga mumi perempuan dan anak laki-laki, semuanya dipertahankan oleh iklim yang sejuk. Kemungkinan ia memiliki kelainan iaitu Down Sindrom sehingga dia ditempatkan di kubur hidup-hidup bersama ibunya yang meninggal (Seperti kebiasaan Orang Eskimo waktu itu). Pakaian mereka adalah contoh-contoh indah dari mode termasuk 78 item pakaian yang diperbuat daripada kulit binatang.


Asstaghrafirullahalazim,,

Semoga malam ni tido takdok mimpi hok bukan-bukan aminnnn... 

p/s : Bace ayat kursi and doa tido sebelum tido k, kang mumi tu lompat masuk dalam mimpi baru hang taw..

ok Tata for now !!