Assalamualaikum..
|
Bella Din |
Sejak bile pulak lah si Bella ni suke tanam pokok-pokok bunga..
Sebenarnya dari kecik lagi Bella selalu tengok mama tanam bunga. Mama memang suka bunga. Bunga hidup, bunga plastik semua dia suka. Macam-macam jenis pokok dia tanam. Dalam rumah pulak banyak bunga plastik. Tapi masa tu takde lah pulak teringin nak tanam. Cuma tengok je. Sampai lah sekarang, bila dah pindah rumah baru, 2 tahun lepas, Bella nampak something new daripada decoration mama. Nak tahu apa?
|
Devil’s Ivy (Golden Pothos) |
|
Devil’s Ivy (Golden Pothos) |
Yes, mama tanam pokok dalam rumah. Mula-mula tu Bella takdelah rasa tertarik sangat. Same je rasa cam dulu. Dalam hati.. kosong.. hehe.. Mama letak pokok ni dekat kiri and kanan TV. So, bila dah lama-lama tu, Bella rasa macam lain, bile masuk rumah rasa fresh. kalau nak cakap rasa nyaman macam udara pagi tu macam tipu sangatlah pulak hehe. Sampai lah satu hari, Bella tengah tengok TV, tapi mata asyik usha-usha pokok ni je.. almaklumlah, pokok sebelah TV.. Tapi hati masih kosong. Lepas 2 ke 3 hari macam biasalah tengah on9 tiba-tiba jari-jemariku langsung menaip, "POKOK YANG SESUAI TANAM DALAM RUMAH" hahahahahaha
Adalah beberapa jenis tanaman, pokok mama tu pun salah satu daripadanya. Tapi Bella tertarik dengan satu pokok ni..
|
peace lily |
Ya Allah, terus tersentap hati, jatuh cinta pandang pertama. Dia punya cantik tu macam nak mati okey. Sambil berangan, nanti aku kahwin ade rumah sendiri nanti nak tanam pokok dalam rumah jugak lah. Kasi segar, nyaman, tenang je dalam rumah. Ape lagi ambek fon terus wasep Faliq, "Nanti teman p beli bunga eh kat neseri" attached kan sekali gambar bunga peace lily.
Weekend tu pergilah kami ke neseri huhu.. Bagi anti tu tengok gambar bunga dalam fon. dia cakap ada-ada.. Tapi..Emmm
KENAPA LAEN ????
Kenapa tak cantik macam dalam gambar tu??
Anti tu cakap sebab pokok ni sepatutnya duduk dalam rumah, baru daun boleh jadi hijau pekat dan bekilat. Pastu anti tu cakap bagi air 3 hari sekali. baja semiggu sekali. Done terus percaya and beli satu.
|
Peace Lily |
Bella pun bawak lah balik ke rumah sewa Bella. bagi air 3 hari sekali. lepas 2 minggu nak tahu ape jadi?
|
Peace Lily |
Daun dia jadi kering dan ada yang rosak.. Bella pun rujuk lah pada En. Google.
Ooooo baru tahu, pokok ni perlukan kelembapan. Bukan basah ye, cuma lembab. Jom baca.
Nama jolokannya Layar Putih (white sail) atau Lily Aman ( peace lily). Ditanam kerana daun dan bunganya yang unik dan cantik serta berbau harum. Di beri gelaran peace lily sebab bentuk bunganya seakan-akan bunga lily dan berwarna putih.
Boleh dibiakkan dengan cara belah rumpun. Peace lily ini sangat sukakan keadaan lembab dan campuran tanah yang peroi dan kaya dengan humus. Perlukan cahaya yang banyak untuk mengalakkannya berbunga tapi boleh juga di kawasan yang sedikit terlindung. Elok di gunakan baja organik. Kalau mengunakan baja kimia elakkan terkena pokok kerana boleh menyebabkan lecur.
Idea pameran pula elok tanam secara kelompok dan gandingkan dengan pokok yang lain bagi mendapat hasil yang menarik. Melor tanam dalam pasu aje.
Keuntungan boleh di dapati dari bunga ini dapat buat bunga potong untuk gubahan bunga hidup. Tanam banyak-banyak dapat buat bisnes bunga potong.
Tip bila tanam peace lily ni, sentiasa buang daun kering dan berpenyakit untuk kelihatan kemas dan cantik sentiasa.
Bella pun apa lagi, cepat-cepat gunting and buang daun rosak tu. kasi air sikit letak baja sikit and gembur-gemburkan tanah.
|
Peace Lily |
|
Peace Lily |
Cantikkan pokok Peace Lily ni (^_^) tak sabar nak tunggu bunga dia kembang. Bella ni taklah pandai sangat tanam-tanam pokok ni. Tapi mulai hari ni Bella nak belajar cara-cara tanam pokok and cara jaga pokok. Nanti future house Bella cantik. Banyak pokok-pokok bunga. Future encik suami pun kenelah suke jugak bunga-bunga Bella ni hihi..
Ok lah nanti Bella update lagi. Sekarang ni nak duduk tenung lelame Peace Lily ni.. sebab memang peaceeee je pandang pokok bunga ni hihi.
Ok bye korang (^_^)
#love